Aug 18, 2022

Kempen Bulan Taksir Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor ( LZS )

Pada tahun ni,Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) telah melancarkan Kempen Bulan Taksir Zakat bermula 15 Jun hingga 31 Julai. Dengan tagline " Sempurnakan Zakatmu " , kempen ni dilancarkan bagi menggalakkan masyarakat mentaksir sendiri jumlah zakat yang perlu ditunaikan.

Bulan Jun dipilih sebagai insiatif untuk membudayakan taksiran zakat pada setiap bulan tersebut sebagai amalan dalam kalangan masyarakat agar tanggungjawab zakat tidak dilupakan seiring dengan jumlah harta yang dimiliki.

Menerusi kempen Bulan Taksir Zakat ini, sistem pembayaran secara online dengan menggunakan aplikasi Zakat Selangor  diketengahkan bagi memudahkan proses pembayaran zakat dibuat secara atas talian tanpa perlu beratur di kaunter. 

Pelbagai saluran pembayaran disediakan bagi memudahkan korang membuat pembayaran zakat secara "online" ni. Tak salah kan mencuba sesuatu yang baru selain beratur di kaunter?

Korang cuma download ja di Google Play bagi Android dan App Store bagi Apple. Terus boleh guna serta merta.Mudah kan?




.................................................................................................................................................................................

MAKSUD ZAKAT EMAS & PERAK

Sebelum nak bayar zakat tu,mestilah korang tahu apa maksud zakat dan jenis-jenis zakat yang perlu korang tahu. Contoh zakat yang Eirna nak terangkan secara ringkas kepada korang ialah Zakat Emas & Perak. Perempuan kan sinonim dengan emas kan? Kena tahu serba sedikit samada emas yang korang simpan tu perlu bayar zakat atau tidak.

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).


Klik banner di bawah untuk pengiraan Zakat Emas & Perak





PERADUAN JOM TAKSIR ZAKAT


Korang yang dah membuat pembayaran zakat semasa kempen BTZ ni,korang berpeluang menyertai peraduan Jom Taksir Zakat dan memenangi hadiah menarik yang disediakan.

Mana la tahu kot rezeki korang menang hadiah kali ni.





Sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai taksiran zakat sila ke : 

Website : https://www.zakatselangor.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/

Instagram : https://instagram.com/zakatselangor

TALIAN ZAKAT SELANGOR

1-300-88-4343
Isnin – Jumaat : 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Rehat Jumaat : 12:15 petang – 2:45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP